KHIDMAT Aqiqah atau Qurban DI TANAH SUCI MAKKAH

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” Hadis Riwayat Tarmidzi 

“Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan Qurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Hadis Riwayat Ibn Majah & Ahmad

AQIQAH

RM450
  • Peserta akan dapat sijil penghargaan
  • Peserta/waris mendapat Foto/video bukti tugasan amanah kami.
  • Peserta layak mendapat diskaun 3% untuk pakej umrah gabungan kami.

QURBAN

RM450
  • Peserta akan dapat sijil penghargaan
  • Peserta/waris mendapat Foto/video bukti tugasan amanah kami.
  • Peserta layak mendapat diskaun 3% untuk pakej umrah gabungan kami.

SOAL JAWAB HUKUM AQIQAH /QURBAN

Tiada larangan dan tiada masalah.

Jakim (2013) menjelaskan boleh dan sah melakukan ibadah qurban dan aqiqah di luar negara dengan melalui wakil sekalipun (rujuk: garis panduan pelaksanaan ibadah qurban Jakim, Bilangan 2 Tahun 2013; ISBN 978-983-042-527-6)

Sayid Al Bakri dalam kitabnya I’anatut Toliban, beliau menyata bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian aqiqah dan boleh pula berwakilkan untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada diluar negeri.

Hukum akad adalah sunnah. Akad adalah lafaz persetujuan dua pihak. Akad boleh dilafazkan dengan mulut, atas kertas atau meredhai sesuatu itu berlaku walaupun tidak disebut. Paling penting kedua-dua pihak jelas dengan apa yang sedang dilakukan. Setiap amal itu dimulakan dengan niat dan niat itu boleh berlaku dalam hati atau melafazkan dibibir dan menyempurnakan dengan amalan.

Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.Rasulullah sangat menyarankan agar aqiqah dilakukan.

Waktu yang afdal melaksanakan aqiqah ialah hari ke-7 kelahiran. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan aqiqahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7 dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah no. 3165, Ahmad 5/12).

Tetapi, jika sudah terlepas hari ketujuh, tiada masalah untuk membuat aqiqah di hari yang lain. Hukumnya tetap sama iaitu sunnah muakkad, apabila dibuat, mendapat pahala yang besar disisi Allah.

Bilangan sembelihan aqiqah untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala bilangan sembelihan untuk anak perempuan adalah 1 ekor kambing – Riwayat Abu Daud (2842)

Ya boleh. Penyembelihan aqiqah atau qurban perlu dipastikan menepati syarat-syaratnya, contoh seperti syarat usia haiwan 2 tahun ke atas dan sembelihan itu mesti diniatkan aqiqah atau qurban.

Ibadah aqiqah ialah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi atau jika sudah terlepas hari ke 7 sekalipun, boleh dibuat bila bila masa sekalipun.

Manakala ibadah qurban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu 10 hingga 13 haribulan Zulhijjah.

Boleh dan sekiranya mereka sudah meninggal pun boleh laksanakan sendiri kerana rasullah sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul.

Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak.

Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha Allah sampai pada ibu bapa mereka.

Scroll to Top